Search This Blog

24.12.12

HATI YANG MERONTA

memang benar aku igin sekali menangis.
namun tiada air mata yang mampu aku titiskan untuk menzahirkan tangisan itu.
hanya mampu tersenyum dan gelak ketawa yang dapat dizahirkan.
ianya dizahirkan secara spontan tak tidak mampu dikawal.
walaupun tawa dan senyuman itu tidak membawa apa-apa maksud kegembiraan.
hanya kepiluan hati, kesedihan, tekanan yang meronta dilepaskan.
setelah lama aku pendam mereka.
aku tanam mereka sedalam yang boleh di dalam hati ini.
bertambah setiap hari sehingga menggunung.
dan menunggu masa untuk meletus.
seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus.

pabila ianya tidak dapat dibendung lagi.
hati ini akan menangis.
tetapi tiada tangisan kedengaran.
ia akan menangis dan meminta-minta agar didengari orang lain.
tapi aku akan cuba bertahan dengan upaya yang boleh.
walaupun ianya pahit dan pedih.
kepedihan yang hanya DIA yang tahu.

 ia datang tanpa diduga.
dan hilang seperti angin yang bertiup.
walaupun sementara tetapi cukup terkesan dalam hati.
cukup membuat aku kehilangan mood untuk seharian.

 namun biarlah hanya aku yang merasai semua ini.
aku tidak mahu menyusahkan sesiapa dengan mendengar bebelan hati ini.
aku tidak mahu bebelan hati itu mengguris sesiapa.
akan aku biarkan ia dipendam dalam hati ini.
biarkan ia menggunung.
biarkan ia meletus.
tapi letusan yang hanya aku yang dengari.

namun semua ini mungkin ada hikmah di sebaliknya.
agar aku bermuhasabah diri.
tentang apa yang aku lakukan selama ini.

aku berharap aku mampu untuk menanggung semua ini.
sehinggalah maut menjemputku.
suatu hari nanti.